Syarikat EKZA FOOD RESOURCES (1385127-v) adalah sebuah perniagaan perkongsian Bumiputera yang telah di daftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pengasas jomsate

Diasaskan Oleh

Haji Mohd Zahid Bin Saaizan

Haji Ekram Bin Yusof

Syarikat ini di terajui oleh Haji Mohd Zahid Saaizan dan Haji Ekram Yusof ( Bisnes Partner ) . Perniagaan utama syarikat adalah memproses, membekal dan menjual sate mentah. 

Haji Ekram Yusof sudah berpengalaman lebih 8 tahun dalam perniagaan sate di sekitar Lembah Klang dengan resipi perapan istimewa dan saiz sate yang lebih besar daripada sate biasa.

Haji Mohd Zahid Saaizan berkelulusan ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) juga mempunyai pengalaman luas dalam dunia perniagaan. Beliau memiliki rangkaian perniagaan i2Fix.com di seluruh Malaysia yang merupakan satu-satunya rangkaian terbesar di miliki oleh bumiputera dalam bidang membaiki alat telekomunikasi Apple.

Sate Ayam, Sate Daging (Tenderloin) dan Sate Rusa yang di keluarkan oleh syarikat EKZA FOOD RESOURCES (M) SDN BHD 202001028807  (1385127-V) telah mendapat sambutan luarbiasa dari pelanggan terutama sekali di cawangan usahawan kami di Restoran Hatinie Seksyen 10 Shah Alam. Sate kami di proses di kilang pemprosesan kami yang terletak di Seksyen U12 Shah Alam, Selangor

meluaskan peluang pekerjaan

Matlamat Kami

Membuka peluang perniagaan kepada mereka yang ingin jana pendapatan secara part-time atau sepenuh masa

Membantu ibu tunggal / golongan asnaf untuk berniaga dan berdikari tanpa perlu bergantung kepada bantuan orang

Menjana ekonomi rakyat negeri Selangor secara tidak langsung melalui program usahawan Jomsate.com

Merancakkan industri makanan tradisi di Malaysia terutamanya di kalangan penggemar sate

Memartabatkan jenama JomSate.com sebagai pengeluar sate warisan resipi turun temurun di seantero nusantara dan dunia